Saturday, April 30, 2011

PERTUNJUKAN FESYEN KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

23 APRIL 2011-  Kami telah dijemput untuk bekerjasama dengan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka bagi menjayakan pertunjukan Fesyen Semester Akhir pelajar Rekaan Fesyen. Program tersebut telah diadakan di Kota Fesyen, Ayer Keroh, Melaka pada jam 10.00 am - 5.00 pm.


Rekaan Fesyen oleh pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.








10 pakaian Melaka Batik House




pakaian yang dipertandingkan..hasil rekaan pelajar-pelajar semester akhir Rekaan Fesyen Kolej Komuniti Bukit Beruang...
























Antara pemenang yang berjaya....

Pemenang Terbaik

Pemenang Rekaan Glamourus

Pemenang Rekaan Kreatif

Friday, April 22, 2011

Best Employee

Kali nie penyampaian hadiah bagi staff yang terbaik...kerja rajin2 dapat la hadiah....so..kepada staff MBH kerja la rajin2 okey...rebut hadiah tue...jgn malas2....

nie la majikan MBH yang baik hati...hikhikhik...
Best Employee of The Month
JANUARY 2011
En. Ahmad Razali Muhammad

Best Employee of The Month
FEBRUARY 2011
Pn. Nadiah Basri

Best Employee of The Month
March 2011
Cik Nurul Azuwanee Hamzah

haa..yg nie plak mmg best employee laa....di naikkan pangkat sebagai Executive Human Resource and Admin...klass gitu....

so siapa2 yg nk naik pangkat kerja rajin2 yea......

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK BIRTHDAY STAFF

Melaka Batik House telah menyampaikan hadiah bagi staff yg lahir pd bln Januari, Februari dan Mac... 

bln Januari


Bulan Februari



Bulan Februari

Bulan Mac
Melaka Batik House menjaga kebajikan pekerjanya...untungkan siapa yang bekerja kat Melaka Batik House...kelasss gitu....

Thursday, April 14, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK DAN TERBUKA

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK DAN TERBUKA :-


TARIKH                           :  02 Julai 2011
MASA                              :  8.30 PAGI
TEMPAT                          :  MELAKA BATIK HOUSE
PESERTA                         :  200 ORANG
YURAN PENYERTAAN :  RM 15.00 (KATEGORI 1-3)
                                            RM 35.00 (KATEGORI 4)


KATEGORI                     :  1 (4-6 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            2 (7-9 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            3 (10-12 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            4 SEKOLAH MENENGAH DAN TERBUKA (TERHAD 50 ORANG)


HADIAH                          :  

KATEGORI
1 RM 150.00 + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)
2 RM 100.00 + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)
3 RM 50.00   + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)


HADIAH UNTUK TERBUKA

KATEGORI TERBUKA
1 RM 200.00
2 RM 150.00
3 RM 100.00


Tuesday, April 5, 2011

PROMOSI DIY BATIK!!!!

JOM BELI PRODUK BATIK RM50 KEATAS!!!!!
DISKAUN 50% UNTUK DIY BATIK!!!!
JOM CEPAT KE MELAKA BATIK HOUSE SEKARANG!!!!



Friday, April 1, 2011

LAWATAN DARI SINGAPORE FRENCH SCHOOL

30 Mac 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SINGAPORE FRENCH SCHOOL seramai 48 murid dan 5 guru pada jam 1.00pm yang terdiri daripada pelajar Bosnia Herzegovena. Mereka memilih pakej DIY batik mewarna sahaja.

Jiran bertandang ucap ahlan wa sahlan,
Ummu Muaz dan rakan-rakan baik belaka,
Tak sangka dapat juga berkenal-kenalan,
Berlainan bahasa bukan penghalangnya.

















Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.


Dengan ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah dan pemandu pelancong kerana sudi ke tempat kami dan membuat batik sendiri. Dengan ilmu yang ada harap dapatlah kita menaikkan taraf Bangsa dan Tradisi kita sebagai orang Melayu.