Tuesday, April 5, 2011

PROMOSI DIY BATIK!!!!

JOM BELI PRODUK BATIK RM50 KEATAS!!!!!
DISKAUN 50% UNTUK DIY BATIK!!!!
JOM CEPAT KE MELAKA BATIK HOUSE SEKARANG!!!!



Friday, April 1, 2011

LAWATAN DARI SINGAPORE FRENCH SCHOOL

30 Mac 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SINGAPORE FRENCH SCHOOL seramai 48 murid dan 5 guru pada jam 1.00pm yang terdiri daripada pelajar Bosnia Herzegovena. Mereka memilih pakej DIY batik mewarna sahaja.

Jiran bertandang ucap ahlan wa sahlan,
Ummu Muaz dan rakan-rakan baik belaka,
Tak sangka dapat juga berkenal-kenalan,
Berlainan bahasa bukan penghalangnya.

















Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.


Dengan ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah dan pemandu pelancong kerana sudi ke tempat kami dan membuat batik sendiri. Dengan ilmu yang ada harap dapatlah kita menaikkan taraf Bangsa dan Tradisi kita sebagai orang Melayu.

LAWATAN DARI SINGAPORE FRENCH SCHOOL

23 Mac 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SINGAPORE FRENCH SCHOOL seramai 48 murid dan 5 guru yang terdiri daripada pelajar dari French pada jam 1.00pm yang diketuai oleh pemandu pelancong Miss Molly dari syarikat pelancongan International Paradise Connexions Singapore. Mereka telah membuat batik iaitu pakej mewarna batik.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.




Mereka mula mewarna




Mereka melawat pusat jualan



hasil 3 yang terbaik
pemenang

Ribuan terima kasih kami ucapkan dan lawatan yang seterusnya amat dialu-alukan supaya tradisi Melayu tidak ditelan zaman dan dapat diperkenalkan ke seluruh dunia.

LAWATAN DARI SMK KANGKAR, PULAI JOHOR

27 Feb 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SMK KANGKAR PULAI, JOHOR seramai 26 murid dan 5 guru pada jam 9.00 am. Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak Melaka Batik House. Mereka membuat pakej DIY batik mencanting dan mewarna.

Mereka diberi penerangan mengenai batik dan demo membuat batik sendiri. Teknik melakar, mencanting dan mewarna. Mereka bekerjasama melakar corak yang mereka mahukan. Walaupun pertama kali memegang canting tetapi mereka berusaha membiasakan diri bagi menghasilkan batik sendiri.

Teknik melakar diatas kain




Teknik mencanting batik

           



 Teknik mewarna





Seterusnya mereka melawat pusat jualan kami di tingkat atas. Mereka telah melihat batik yang telah siap dan sedia untuk dijual. Mereka juga tidak melepaskan peluang membeli produk batik yang dijual.




Sebagai tanda kenangan lawatan mereka di MBH mereka telah bergambar dihadapan pintu masuk MBH. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak SMK KANGKAR PULAI, JOHOR dan kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.


Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain kali berjumpa lagi

LAWATAN DARI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU, NEGERI SEMBILAN

26 Feb 2011 - Kami telah menerima lawatan pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Melaka. Kedatangan mereka seramai 19 pelajar dan 2 pensyarah pada jam 9.00 am disambut baik oleh pihak Melaka Batik House. Mereka telah memilih pakej DIY batik mancanting dan mewarna.

Mereka diberi penerangan mengenai batik dan kaedah-kaedah membuat batik sendiri. Kaedah melakar, mencanting dan teknik mewarna. Mudah bagi mereka untuk melakar corak kerana mereka dari seni reka fesyen.


mereka melakar dan mencanting atas kain


mereka mula mewarna

hampir siap

pelajar tekun mendengar penerangan daripada En.Syed Hasmadi

sesi penerangan mengenai batik


pelajar sempat bergambar kenangan di pintu masuk MBH


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau kerana sudi melawat dan membuat aktiviti di tempat kami. Kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.

Wednesday, March 30, 2011

GP SALE!!!!!!!

GP SALE!!!! 
10 Mac 2011 - 15 April 2011
POTONGAN SEHINGGA 20% - 50%!!!!!
BAJU KEMEJA 20% - 30%!!!!
KURUNG SUTERA WANITA 30% - 40%!!!!
CEPAT-CEPAT!!! DAPATKAN PAKAIAN BATIK ANDA 
DI MELAKA BATIK HOUSE SEKARANG!!!!!!!!