Friday, May 20, 2011

Lawatan Daripada PDK Seri Malindo, Melaka

Hari ni (19052011) Melaka Batik House menerima lawatan daripada PDK Seri Malindo, Melaka untuk join kelas mencanting dan mewarna batik yang disediakan di Melaka Batik House...

  So dorang sampai around 11.00 am and disambut baik oleh kakitangan Melaka Batik House...



Sebelum memulakan aktiviti mencanting and mewarna batik, pihak Melaka Batik House terlebih dahulu memberi taklimat tentang cara dan langkah yang perlu diambil perhatian semasa mencanting dan mewarna batik.....

Rombongan di bahagi kan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan mencanting and kumpulan mewarna....Aktiviti mencanting diberikan kepada guru-guru penasihat manakala aktiviti mewarna diberikan kepada para pelajar...



Antara moment ketika aktiviti mencanting batik oleh guru penasihat...




Ini pula antara moment ketika aktiviti mewarna batik oleh para pelajar


So ini antara hasil yang berjaya disiap kan mereka....disamping dapat belajar sesuatu yang baru, dorang berjaya menghasilkan batik yang cantik....


Aktiviti terakhir sebelum pulang, rombongan dibawa melawat pusat jualan dan diberi penerangan tentang perkembangan Melaka Batik House...

Wednesday, May 18, 2011

::: Membership Day :::



Kepada semua pelanggan setia Noor Arfa Batek, Melaka Batik House akan mengadakan Membership Day pada 21 hingga 28 Mei ini. So ape you all tunggu lagi kan....Datang ramai-ramai and serbu Melaka Batik House and enjoy semua keistimewaan yang Noor Arfa Batek tawar kan!!!


You all boleh enjoy discount up to 50% off !! ....Harap you all tak lepas kan peluang ni ok.... :)
More info ::: 06 - 2323 900

*Valid for Noor Arfa items only and not valid for best buy or value buy items..
*Please bring and show your card at the counter..

Saturday, April 30, 2011

PERTUNJUKAN FESYEN KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

23 APRIL 2011-  Kami telah dijemput untuk bekerjasama dengan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka bagi menjayakan pertunjukan Fesyen Semester Akhir pelajar Rekaan Fesyen. Program tersebut telah diadakan di Kota Fesyen, Ayer Keroh, Melaka pada jam 10.00 am - 5.00 pm.


Rekaan Fesyen oleh pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.








10 pakaian Melaka Batik House




pakaian yang dipertandingkan..hasil rekaan pelajar-pelajar semester akhir Rekaan Fesyen Kolej Komuniti Bukit Beruang...
























Antara pemenang yang berjaya....

Pemenang Terbaik

Pemenang Rekaan Glamourus

Pemenang Rekaan Kreatif

Friday, April 22, 2011

Best Employee

Kali nie penyampaian hadiah bagi staff yang terbaik...kerja rajin2 dapat la hadiah....so..kepada staff MBH kerja la rajin2 okey...rebut hadiah tue...jgn malas2....

nie la majikan MBH yang baik hati...hikhikhik...
Best Employee of The Month
JANUARY 2011
En. Ahmad Razali Muhammad

Best Employee of The Month
FEBRUARY 2011
Pn. Nadiah Basri

Best Employee of The Month
March 2011
Cik Nurul Azuwanee Hamzah

haa..yg nie plak mmg best employee laa....di naikkan pangkat sebagai Executive Human Resource and Admin...klass gitu....

so siapa2 yg nk naik pangkat kerja rajin2 yea......

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK BIRTHDAY STAFF

Melaka Batik House telah menyampaikan hadiah bagi staff yg lahir pd bln Januari, Februari dan Mac... 

bln Januari


Bulan Februari



Bulan Februari

Bulan Mac
Melaka Batik House menjaga kebajikan pekerjanya...untungkan siapa yang bekerja kat Melaka Batik House...kelasss gitu....

Thursday, April 14, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK DAN TERBUKA

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK DAN TERBUKA :-


TARIKH                           :  02 Julai 2011
MASA                              :  8.30 PAGI
TEMPAT                          :  MELAKA BATIK HOUSE
PESERTA                         :  200 ORANG
YURAN PENYERTAAN :  RM 15.00 (KATEGORI 1-3)
                                            RM 35.00 (KATEGORI 4)


KATEGORI                     :  1 (4-6 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            2 (7-9 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            3 (10-12 TAHUN) TERHAD 50 ORANG
                                            4 SEKOLAH MENENGAH DAN TERBUKA (TERHAD 50 ORANG)


HADIAH                          :  

KATEGORI
1 RM 150.00 + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)
2 RM 100.00 + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)
3 RM 50.00   + SIJIL SETIAP KATEGORI (1-3)


HADIAH UNTUK TERBUKA

KATEGORI TERBUKA
1 RM 200.00
2 RM 150.00
3 RM 100.00