Friday, April 1, 2011

LAWATAN DARI SINGAPORE FRENCH SCHOOL

23 Mac 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SINGAPORE FRENCH SCHOOL seramai 48 murid dan 5 guru yang terdiri daripada pelajar dari French pada jam 1.00pm yang diketuai oleh pemandu pelancong Miss Molly dari syarikat pelancongan International Paradise Connexions Singapore. Mereka telah membuat batik iaitu pakej mewarna batik.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.




Mereka mula mewarna




Mereka melawat pusat jualan



hasil 3 yang terbaik
pemenang

Ribuan terima kasih kami ucapkan dan lawatan yang seterusnya amat dialu-alukan supaya tradisi Melayu tidak ditelan zaman dan dapat diperkenalkan ke seluruh dunia.

LAWATAN DARI SMK KANGKAR, PULAI JOHOR

27 Feb 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SMK KANGKAR PULAI, JOHOR seramai 26 murid dan 5 guru pada jam 9.00 am. Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak Melaka Batik House. Mereka membuat pakej DIY batik mencanting dan mewarna.

Mereka diberi penerangan mengenai batik dan demo membuat batik sendiri. Teknik melakar, mencanting dan mewarna. Mereka bekerjasama melakar corak yang mereka mahukan. Walaupun pertama kali memegang canting tetapi mereka berusaha membiasakan diri bagi menghasilkan batik sendiri.

Teknik melakar diatas kain




Teknik mencanting batik

           



 Teknik mewarna





Seterusnya mereka melawat pusat jualan kami di tingkat atas. Mereka telah melihat batik yang telah siap dan sedia untuk dijual. Mereka juga tidak melepaskan peluang membeli produk batik yang dijual.




Sebagai tanda kenangan lawatan mereka di MBH mereka telah bergambar dihadapan pintu masuk MBH. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak SMK KANGKAR PULAI, JOHOR dan kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.


Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain kali berjumpa lagi

LAWATAN DARI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU, NEGERI SEMBILAN

26 Feb 2011 - Kami telah menerima lawatan pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Melaka. Kedatangan mereka seramai 19 pelajar dan 2 pensyarah pada jam 9.00 am disambut baik oleh pihak Melaka Batik House. Mereka telah memilih pakej DIY batik mancanting dan mewarna.

Mereka diberi penerangan mengenai batik dan kaedah-kaedah membuat batik sendiri. Kaedah melakar, mencanting dan teknik mewarna. Mudah bagi mereka untuk melakar corak kerana mereka dari seni reka fesyen.


mereka melakar dan mencanting atas kain


mereka mula mewarna

hampir siap

pelajar tekun mendengar penerangan daripada En.Syed Hasmadi

sesi penerangan mengenai batik


pelajar sempat bergambar kenangan di pintu masuk MBH


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau kerana sudi melawat dan membuat aktiviti di tempat kami. Kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.

Wednesday, March 30, 2011

GP SALE!!!!!!!

GP SALE!!!! 
10 Mac 2011 - 15 April 2011
POTONGAN SEHINGGA 20% - 50%!!!!!
BAJU KEMEJA 20% - 30%!!!!
KURUNG SUTERA WANITA 30% - 40%!!!!
CEPAT-CEPAT!!! DAPATKAN PAKAIAN BATIK ANDA 
DI MELAKA BATIK HOUSE SEKARANG!!!!!!!!




Monday, December 13, 2010

Birthday staff

08 Disember 2010 - MBH telah menyambut hari lahir  3 orang staff iaitu Azhar, Norhabibah n Hafiz...dan seterusnya meraikan perpisahan staff Norsyafiqah (Asst.Corparate), Norhabibah dan Suzilah (pelajar PUNB) dan Azlin (pelajar Cosmopoint).










sesi air mata...
beratur nak makan..



Pertandingan Mewarna Kanak-kanak di Tourism Show Melaka

04 Disember 2010 - Melaka Batik House telah dijemput untuk menyertai program GO GREEN yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan negeri Melaka. Sambutan amat memberangsangkan..

Kanak-kanak gembira menyertai pertandingan tersebut. Setiap peserta mempunyai kretiviti tersendiri dan mereka sungguh berbakat. Ibu bapa juga turut berminat melihat anak-anak mereka mewarna dan ada yang membeli batik kit untuk dibawa pulang.














Setiap peserta membawa balik cenderahati dan 3 pemenang telah dipilih dari segi teknik shading, kekemasan dan kreativiti.
pemenang pertama


pemenang kedua

pemenang ketiga
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelancongan negeri Melaka kerana sudi menjemput kami untuk menyertai program GO GREEN pada 03/04/05 Disember 2010. Terima kasih juga kepada peserta yang menyertai program kami. Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan program yang seterusnya....