Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN DARI SRA JAIM SELANDAR, MELAKA

10 NOVEMBER 2010- Kami menerima lawatan dari SRA JAIM SELANDAR seramai 75 murid dan 10 guru pengiring pada jam 10.15 pagi. Mereka telah membuat DIY BATIK iaitu mewarna batik. Kehadiran mereka disambut baik oleh staff MBH...


Mereka telah diberi penerangan tentang batik, sutera dan songket. Mereka diberi penerangan lebih lanjut dengan dibawa ke bengkel batik kami.




Seterusnya mereka dibahagi kepada 19 kumpulan dan diberi penerangan mewarna batik dan teknik-teknik mewarna. Adik-adik ini tekun mendengar penerangan dari Cikgu Syed Hasmadi.



Mereka terus mewarna mengikut kretiviti masing-masing.





Hasil salah seorang pelajar
Sementara menunggu hasil warna mereka kering dan pemilihan pemenang dinilai, mereka dibawa ke tingkat atas bagi melihat produk batik yang telah disiap untuk dipasarkan. Seronok mereka membeli cenderamata di Melaka Batik House.





Setelah selesai membeli dan melihat produk batik mereka berkumpul semula di bawah bagi sesi penyampaian hadiah.
Pemenang ke-2
Pemenang tempat Pertama
 Dihujung acara mereka telah mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan pintu masuk MBH.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi datang membuat lawatan dan aktiviti yang kami anjurkan. Lawatan seterusnya amat kami alu-alukan. Terima kasih juga kepada staff MBH yang terlibat.

No comments: