Friday, July 15, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK 2011 KATEGORI TERBUKA

Kategori terbuka telah berlangsung selepas 30 minit acara Kategori 2 dan 3 berlangsung. Apa perbezaan antara Kategori 1, 2 dan 3 dengan Kategori Terbuka?? Mereka hanya perlu mewarna je ke?

Nope!!! Kategori Terbuka, mereka perlu mencanting dan mewarna. Wow! Something new. Bukan senang nak dapat pengalaman ni. 

Peserta diberi penerangan oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam. Penerangan meliputi peralatan yang digunakan dan fungsi, bahan yang digunakan dan teknik-teknik batik.


Jom kita flash back balik apa yang diperkatakan oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam. Menurut En. Syed Hasmadi Tuan Dalam,

::: batik lukis ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama.. :::

Peserta melakar design sendiri. Walaubagaimanapun, pihak urusetia telah menyediakan design untuk mereka yang ketandusan idea.

Ketika mencanting.

Ketika sesi mewarna, disini peserta akan dinilai mengikut kreativiti dari segi combinasi warna, kekemasan dan kehalusan.

Hasil yang telah siap diletakkan untuk dinilai oleh En. Wan Mohd Ariffin Wan Long, Pengerusi Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd. Memang rambang mata. Semuanya kreatif.

3 pemenang di pilih. Tahniah kepada mereka. Bagi pemenang tempat pertama membawa pulang sijil, hamper sumbangan Chiang Graphic Advertising, wang tunai bernilai RM200.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka makala tempat kedua membawa pulang sijil, hamper sumbangan Mega Trend Supplies Trading, wang tunai bernilai RM150.00 dan tiket masuk Planetarium Melaka dan tempat ketiga membawa pulang sijil, hamper sumbangan Sue Anne Media, wang tunai bernilai RM100.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka.

Tahniah kepada pemenang.

No comments: