Sunday, August 8, 2010

KURSUS MEMBUAT BATIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH, SEGAMAT JOHOR


05 Ogos 2010 – MBH telah menerima satu jemputan dari Sek. Keb. Jementah, Segamat untuk mengadakan Kursus Batik di sana. Seramai 30 orang guru dari berlainan sekolah di daerah tersebut telah menyertai kursus ini.

Sambutan yang menggalakkan itu adalah satu penghargaan bagi pihak MBH. Ini adalah kerana buat pertama kalinya pihak MBH menerima jemputan untuk mengadakan kursus batik di luar daerah.

Persiapan dapat dibuat dengan cepat walaupun urusetia dari pihak MBH yang terlibat hanya tiga orang sahaja. Peralatan kursus batik juga mencukupi.




Setibanya kami di sana, kehadiran kami disambut baik oleh pihak sekolah. Sebelum kursus bermula, staff MBH membuat beberapa persiapan untuk aktiviti melakar, mencanting, dan mewarna. Setelah itu, sesi pembentangan bermula. Sesi ini diadakan di dalam sebuah kelas yang amat selesa dan lengkap dengan peralatan seperti komputer dan LCD projector.

Para peserta sedang mendengar penerangan oleh Cikgu Hasmadi

 Ruang kelas yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan komputer dan LCD projector

Setelah selesai sesi pembentangan dan soal jawab, peserta memulakan aktiviti kursus batik. Mereka mula melakar atau melukis mengikut kreativiti masing-masing. Apa yang menariknya, peserta terdiri dari kalangan guru-guru seni dan ini memudahkan bagi mereka mendapatkan idea untuk motif batik.
Para peserta sedang melukis di atas kain

Setelah selesai melukis, mereka meneruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu melilin atau mencanting. Proses mencanting ini agak rumit, akan tetapi dengan bantuan Cikgu Hasmadi dan Cik Sheera ia memudahkan peserta melakukan aktiviti tersebut.

Proses mencanting


Setelah selesai mencanting, mereka meneruskan langkah yang berikutnya iaitu proses mewarna.

Lukisan di atas fabrik yang hampir siap diwarnakan oleh peserta

Hasil kerjasama para peserta

Kursus batik di sekolah tersebut tamat pada jam 5 petang. Mereka berpuas hati dengan hasil usaha mereka sendiri. Kursus itu berakhir dengan sesi penyampaian sijil penyertaan oleh pihak MBH. Pihak sekolah juga berharap agar mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh MBH di masa akan datang.





















No comments: