Pada 8 Ogos 2010, satu lawatan industri telah diadakan di Melaka Batik House. Lawatan tersebut diadakan oleh mahasiswa tahun akhir Management Science University, Shah Alam dari Diploma Pengurusan Program. Seramai 45 orang peserta telah menyertai lawatan itu dan mereka membuat aktiviti mencanting dan mewarna banner dengan menggunakan teknik penghasilan batik.
Tujuan
utama lawatan industri ini adalah untuk membina kerjasama antara semua
peserta, untuk menyokong produk Melayu tempatan seperti batik itu
sendiri, untuk mencipta kesedaran kepada pelajar pentingnya bagi mereka
untuk memelihara batik sebagai harta negara dan juga untuk
mengasah kreativiti mereka.
|
3 orang mahasiswi MSU yang berbaju merah ini sedang mencanting di atas fabrik mengikut kreativiti mereka. |
|
Salah seorang peserta sedang mencuba teknik batik cop atau terap. |
|
|
|
Beberapa mahasiswa sedang bekerjasama mewarna banner mereka. |
|
Management Science University |
|
Banner yang telah disiapkan oleh mahasiswa MSU |
Apa yang menariknya, pada hari tersebut juga terdapat satu lagi lawatan dari Kindercare Preschool Segamat, Johor. Lawatan tersebut dihadiri seramai 32 orang kanak-kanak tadika serta 8 orang guru pengiring. Dengan kehadiran kanak-kanak ini, telah menambahkan lagi kemeriahan suasana pada hari tersebut.
Kanak-kanak ini membuat aktiviti mewarna batik yang dibantu oleh Cikgu Hasmadi, Cik Shaheera dan Pn. Fadhlina.
|
Sesi penerangan oleh Cikgu Hasmadi |
|
Pn. Fadhlina sedang menunjukkan cara-cara mewarna batik kepada kanak-kanak tadika sambil diperhatikan oleh salah seorang guru pengiring. |
|
Kanak-kanak ini sedang leka membuat aktiviti mewarna mengikut kreativiti masing-masing. |
|
Suasana aktiviti mewarna yang ceria. |
Setelah selesai mereka mewarna, pihak MBH memilih salah satu hasil kerja yang paling kreatif dan menarik untuk diberi hadiah saguhati.
|
Beberapa hasil kerja yang menarik. |
|
Pemenang utama yang telah dipilih oleh pihak MBH. |
|
Cikgu Hasmadi sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang aktiviti mewarna. |
|
Gambar kenangan bersama pemenang. |
|
Pemenang utama bergambar bersama guru dan beberapa rakan-rakannya. |
Akhirnya, pihak MBH berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Para peserta MSU dan Kindercare Preschool juga gembira dengan aktiviti yang disediakan oleh MBH. Semoga MBH akan terus maju di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment