Friday, July 30, 2010

LAWATAN DARI SEK. KEB. PENDIDIKAN KHAS MELAKA

28 Julai 2010 – MBH telah menerima satu lawatan dari Sek. Keb. Pendidikan Khas Melaka seramai 26 orang murid dan 7 orang guru pengiring untuk melakukan aktiviti asas membuat batik serta mendalami ilmu batik.

Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan menarik walaupun terdapat  beberapa kesukaran terutamanya dari segi komunikasi. Walaubagaimanapun, dengan adanya bantuan dari guru-guru pengiring telah memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

 Sesi penerangan asal usul batik dari Cikgu Hasmadi yang dibantu oleh guru pengiring

Demo proses batik cop / terap

Sesi penerangan sebelum memulakan aktiviti DIY

Murid-murid sedang memulakan aktiviti mewarna

Murid-murid mewarna mengikut kreativiti masing-masing

Seorang guru pengiring turut membantu murid-muridnya mewarna

Sesi penerangan di bahagian showroom

Cikgu Hasmadi menyampaikan cenderahati kepada peserta yang terbaik

Sesi fotografi di antara pihak sekolah dan staff MBH

Semua kerjasama dari pihak MBH dan sekolah sangat memberangsangkan dan amat baik. Mereka juga berharap akan menyertai aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan oleh MBH di masa akan datang.