Wednesday, August 11, 2010

LAWATAN DARI MANAGEMENT SCIENCE UNIVERSITY & KINDERCARE PRESCHOOL

Pada 8 Ogos 2010, satu lawatan industri telah diadakan di Melaka Batik House. Lawatan tersebut diadakan oleh mahasiswa tahun akhir Management Science University, Shah Alam dari Diploma Pengurusan Program. Seramai 45 orang peserta telah menyertai lawatan itu dan mereka membuat aktiviti mencanting dan mewarna banner dengan menggunakan teknik penghasilan batik. 

Tujuan utama lawatan industri ini adalah untuk membina kerjasama antara semua peserta, untuk menyokong produk Melayu tempatan seperti batik itu sendiri, untuk mencipta kesedaran kepada pelajar pentingnya bagi mereka untuk memelihara batik sebagai harta negara dan juga untuk mengasah kreativiti mereka.

3 orang mahasiswi MSU yang berbaju merah ini sedang mencanting di atas fabrik mengikut kreativiti mereka.

Salah seorang peserta sedang mencuba teknik batik cop atau terap.

Beberapa mahasiswa sedang bekerjasama mewarna banner mereka.
Management Science University

Banner yang telah disiapkan oleh mahasiswa MSU
Apa yang menariknya, pada hari tersebut juga terdapat satu lagi lawatan dari Kindercare Preschool Segamat, Johor. Lawatan tersebut dihadiri seramai 32 orang kanak-kanak tadika serta 8 orang guru pengiring. Dengan kehadiran kanak-kanak ini, telah menambahkan lagi kemeriahan suasana pada hari tersebut. 

Kanak-kanak ini membuat aktiviti mewarna batik yang dibantu oleh Cikgu Hasmadi, Cik Shaheera dan Pn. Fadhlina.

Sesi penerangan oleh Cikgu Hasmadi
Pn. Fadhlina sedang menunjukkan cara-cara mewarna batik kepada kanak-kanak tadika sambil diperhatikan oleh salah seorang guru pengiring.
Kanak-kanak ini sedang leka membuat aktiviti mewarna mengikut kreativiti masing-masing.
Suasana aktiviti mewarna yang ceria.
Setelah selesai mereka mewarna, pihak MBH memilih salah satu hasil kerja yang paling kreatif dan menarik untuk diberi hadiah saguhati.

Beberapa hasil kerja yang menarik.
Pemenang utama yang telah dipilih oleh pihak MBH.
Cikgu Hasmadi sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang aktiviti mewarna.
Gambar kenangan bersama pemenang.
Pemenang utama bergambar bersama guru dan beberapa rakan-rakannya.

Akhirnya, pihak MBH berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Para peserta MSU dan Kindercare Preschool juga gembira dengan aktiviti yang disediakan oleh MBH. Semoga MBH akan terus maju di masa akan datang.

Sunday, August 8, 2010

KURSUS MEMBUAT BATIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH, SEGAMAT JOHOR


05 Ogos 2010 – MBH telah menerima satu jemputan dari Sek. Keb. Jementah, Segamat untuk mengadakan Kursus Batik di sana. Seramai 30 orang guru dari berlainan sekolah di daerah tersebut telah menyertai kursus ini.

Sambutan yang menggalakkan itu adalah satu penghargaan bagi pihak MBH. Ini adalah kerana buat pertama kalinya pihak MBH menerima jemputan untuk mengadakan kursus batik di luar daerah.

Persiapan dapat dibuat dengan cepat walaupun urusetia dari pihak MBH yang terlibat hanya tiga orang sahaja. Peralatan kursus batik juga mencukupi.




Setibanya kami di sana, kehadiran kami disambut baik oleh pihak sekolah. Sebelum kursus bermula, staff MBH membuat beberapa persiapan untuk aktiviti melakar, mencanting, dan mewarna. Setelah itu, sesi pembentangan bermula. Sesi ini diadakan di dalam sebuah kelas yang amat selesa dan lengkap dengan peralatan seperti komputer dan LCD projector.

Para peserta sedang mendengar penerangan oleh Cikgu Hasmadi

 Ruang kelas yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan komputer dan LCD projector

Setelah selesai sesi pembentangan dan soal jawab, peserta memulakan aktiviti kursus batik. Mereka mula melakar atau melukis mengikut kreativiti masing-masing. Apa yang menariknya, peserta terdiri dari kalangan guru-guru seni dan ini memudahkan bagi mereka mendapatkan idea untuk motif batik.
Para peserta sedang melukis di atas kain

Setelah selesai melukis, mereka meneruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu melilin atau mencanting. Proses mencanting ini agak rumit, akan tetapi dengan bantuan Cikgu Hasmadi dan Cik Sheera ia memudahkan peserta melakukan aktiviti tersebut.

Proses mencanting


Setelah selesai mencanting, mereka meneruskan langkah yang berikutnya iaitu proses mewarna.

Lukisan di atas fabrik yang hampir siap diwarnakan oleh peserta

Hasil kerjasama para peserta

Kursus batik di sekolah tersebut tamat pada jam 5 petang. Mereka berpuas hati dengan hasil usaha mereka sendiri. Kursus itu berakhir dengan sesi penyampaian sijil penyertaan oleh pihak MBH. Pihak sekolah juga berharap agar mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh MBH di masa akan datang.