Wednesday, June 29, 2011

LAWATAN DARIPADA PETRA CHRISTIAN UNIVERSITY

Pada 28 June 2011, Melaka Batik House menerima lawatan daripada Petra Christian Univerity seramai 15 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.


Mereka tiba dalam pukul 11.30 pagi dan disambut oleh kakitangan Melaka Batik House, mereka diberi penerangan oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam berkisar sejarah Noor Arfa dan Melaka Batik House.


 Kemudian, mereka dibawa melawat ke ruang demo batik lukis dan batik terap. Disitu, mereka diberi penerangan secara langsung tentang proses batik lukis dan batik terap di laksanakan.


Mereka juga diberi gambaran jelas berkaitan visi dan misi Noor Arfa menggunakan video yang disediakan.


Kemudian, mereka dibawa melawat ke pusat jualan Melaka Batik House.


Akhir sekali, sebagai tanda kenangan, wakil kedua belah pihak bertukar cenderahati untuk dibuat kenangan.


Kami mengucapkan terima kasih kepada Petra Christian University kerana melawat tempat kami. Semoga ilmu yang diperoleh dapat digunakan sebaiknya.

Kepada universiti tempatan, kami juga mengalu-alukan kedatangan anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 06 - 2323 900.

Saturday, June 25, 2011

::: 1 Malaysia Mega Sale Carnival :::


1 Malaysia Mega Sale Carnival
15 JUNE 2011 SEHINGGA 31 AUGUST 2011

Datanglah beramai-ramai ke Melaka Batik House..
Pelbagai pilihan produk berkualiti menanti anda..

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Melaka Batik House di talian 06 - 2323 900

::: Best Employee for May 2011 :::

Kali ni, penyampaian hadiah untuk pekerja terbaik May 2011 dan hadiah harijadi untuk bulan June.



 Hadiah hari lahir untuk Jun.
Cik Siti Noor Idayu Muhd Nor - 11 June


Ini pula Best Employee of The Month
MAY 2011
Pn. Sarinah Ismail.

TAHNIAH!!!

 Untuk renungan bersama,
'Kita tidak boleh memanjat tangga kejayaan dengan berpeluk tubuh sahaja'

::: Best Employee for April 2011 :::

Sepatah dua kata daripada Pihak Pengurusan..


Best Employee of The Month..
APRIL 2011

 Pn. Rahimah Md. Tahir.
TAHNIAH!!!

LAWATAN DARIPADA SMK TAMAN DESA, KUALA LUMPUR

Pada 24 June 2011, Melaka Batik House telah menerima lawatan daripada SMK Taman Desa, Kuala Lumpur, walaupun tidak dirancang kedatangan mereka disambut mesra oleh kakitangan Melaka Batik House.



Mereka diberi penerangan berkisar Noor Arfa dan Melaka Batik House sebelum dibawa melawat bahagian production Melaka Batik House.



Penerangan mengenai batik lukis oleh Pn. Zaharah Wan Ahmad, Event Coordinator, Melaka Batik House.


Penerangan menegenai Batik Terap



Selepas mendapat penerangan, mereka di bawa melawat pusat jualan Melaka Batik House. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi melawat ke tempat kami walaupun tidak dirancang.

Kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.

DIY FROM ADMIRALTY PRIMARY SCHOOL, SINGAPORE

Pada 21 June 2011, Melaka Batik House telah menerima lawatan daripada Admiralty Primary School, Singapore. Kedatangan mereka dengan 2 buah bas disambut mesra oleh kakitangan Melaka Batik House.



Sebelum memulakan aktiviti, mereka dibawa melihat demo terutamanya batik lukis dan batik terap.


Moment ketika aktiviti mewarna berlangsung..


Antara hasil kerja tangan mereka..


Sementara menunggu hasil kerja kering, mereka dibawa melawat ke pusat jualan.


Cenderahati kenangan daripada Melaka Batik House untuk guru pengiring.


Antara pemenang yang menerima saguhati daripada Melaka Batik House yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Tahniah kepada mereka. Moga ilmu yang diperolehi tidak akan disia - siakan.

Friday, June 24, 2011

DIY FROM SMK FELCRA BUKIT KEPONG

Pada 18 June 2011, Melaka Batik House telah menerima lawatan daripada SMK Felcra Bukit Kepong seramai 40 orang pelajar. Kedatangan mereka disambut baik oleh kakitangan Melaka Batik House. Mereka membuat pakej DIY mencanting dan mewarna.



Mereka diberi penerangan dan melihat demo batik lukis dan batik terap oleh Event Coordinator, Pn. Zaharah Wan Ahmad.


Penerangan  mengenai teknik melakar, mencanting dan mewarna oleh Pn. Fadhlina Hj. Ramli.


Walaupun pertama kali memegang canting, tetapi mereka berusaha untuk menghasilkan batik sendiri.

  
Ketika sesi mewarna batik..


Sementara menunggu hasil kerja mereka kering, mereka dibawa melawat pusat jualan Melaka Batik House.



DIY FROM SINGAPORE

Pada 07 June 2011, Melaka Batik House telah menerima lawatan daripada Singapore. Seramai 16 orang pelajar dan diiringi 2 orang guru.. Ketibaan mereka disambut mesra oleh kakitangan Melaka Batik House..


Sebelum memulakan aktiviti DIY.. Mereka diberi penerangan dan demo batik terap dan batik lukis oleh kakitangan Melaka Batik House iaitu En. Syed Hasmadi Tuan Dalam..



Ketika sesi mewarna berlangsung..



 Antara hasil kreatif mereka..


Saguhati diberikan kepada mereka yang memenuhi kriteria yang telah di tetapkan.. tahniah kepada mereka..