Saturday, September 25, 2010

AKTIVITI DIY OLEH SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM

Setelah selesai lawatan dari Sekolah Kebangsaan Cheng, satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Serkam telah datang ke Melaka Batik House. Lawatan ini disertai oleh 50 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Ketibaan mereka disambut dengan baik oleh pihak MBH.
Ketibaan peserta lawatan dari Sekolah Kebangsaan Serkam
Menurut kata salah seorang guru pengiring, tujuan utama meraka mengadakan lawatan ini adalah untuk mengisi masa lapang murid-murid sambil dapat mempelajari teknik asas mewarna batik. Setibanya mereka di MBH, mereka dibawa oleh beberapa orang staf MBH melawat di bahagian showroom. Di sana, mereka mengambil masa hampir satu jam untuk memilih dan membeli cenderahati sebagai kenangan. Setelah itu, mereka turun ke bahagian bengkel batik untuk memulakan aktiviti DIY.

Pn. Fadhlina sedang mengagihkan DIY kit kepada murid-murid

Mereka memulakan langkah pertama sebelum mewarna

Murid-murid ini dibahagikan kepada sepuluh kumpulan yang diwakili oleh lima orang peserta. Setiap orang akan diberikan DIY kit, warna-warna asas,air, dan beberapa batang berus lukisan.

Cikgu Hasmadi sedang memberikan penerangan kepada para peserta tentang teknik-teknik mewarna batik
Para peserta memulakan aktiviti mewarna mengikut kreativiti sendiri

Salah seorang staf MBH turut membantu peserta mewarna

Sebelum mereka memulakan aktiviti mewarna, mereka diberi penerangan oleh Cikgu Hasmadi tentang cara-cara mewarna batik dengan betul. Setelah memastikan mereka faham dengan penerangan itu, mereka memulakan aktiviti yang turut dibantu oleh beberapa orang staf MBH sementara guru pengiring menjadi pemerhati.

Salah seorang peserta menunjukkan hasil kreativitinya
Hasil kreativiti oleh murid-murid SK SERKAM
Aktiviti mewarna itu tamat pada jam 12.30 tengahari. Sementara menunggu lukisan mereka kering, mereka dibawa oleh Encik Muhammad Azhar untuk menyaksikan demo melukis, mencanting, dan mewarna batik yang sebenar. Dalam masa yang sama, Pn. Fadhlina, Cik Norhabibah, dan Cik Azlin memilih hasil yang paling menarik untuk diumumkan sebagai pemenang utama.

Encik Muhammad Azhar menyampaikan hadiah kepada pemenang utama
Para peserta menunjukkan hasil kreativiti masing-masing
Para peserta bergambar di hadapan Butik Noor Arfa MBH
Setelah selesai sesi penyampaian hadiah dan bergambar, mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBH tanda berpuas hati dengan aktiviti yang disertai. Pihak MBH juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi datang untuk melawat dan membuat aktiviti di sini. MBH boleh, YES!

Salam Satu Malaysia dari Event Coordinator.
September 25, 2010 - 10:20 AM

Wednesday, September 22, 2010

LAWATAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG

21 September 2010 - dua lawatan sambil belajar oleh Sekolah Kebangsaan Cheng dan Sekolah Kebangsaan Serkam telah diadakan di Melaka Batik House.
8.30 pagi - Ketibaan lawatan dari Sekolah Kebangsaan Cheng seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring di Melaka Batik House.
Murid-murid sedang berkumpul sebelum memulakan aktiviti mewarna

Sesi penerangan aktiviti DIY, asal usul batik, dan teknik-teknik penghasilan batik oleh Cikgu Hasmadi
Setelah selesai sesi penerangan diberikan, mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang diwakili oleh empat orang murid setiap kumpulan. Peserta pada kali ini hanya seramai 16 orang sahaja kerana murid-murid yang lain lebih berminat untuk menyaksikan demo penghasilan batik.

Guru-guru pengiring sedang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
Cikgu Hasmadi sedang memberi penerangan cara-cara bagaimana untuk mewarna dengan betul mengikut teknik mewarna batik

Setelah Cikgu Hasmadi memberi penerangan dengan jelas, mereka terus memulakan aktiviti mewarna. Pada mulanya, agak sukar untuk mereka membuat aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, setelah dibantu oleh beberapa orang staf MBH dan Krew Batik, mereka dapat melaksanakan aktivit tersebut dengan baik.


Salah seorang murid sedang tekun mewarna motif flora mengikut kreativitinya


Salah seorang guru pengiring turut membantu murid-muridnya mewarna
Ketika murid-murid ini mewarna, murid-murid yang lain telah dibawa oleh guru pengiring dan beberapa staf MBH melawat di bahagian showroom.

Murid-murid ini sedang memilih cenderahati untuk dibeli
Beberapa orang murid lelaki berminat untuk membeli air Roselle
Setelah tamat aktiviti mewarna dan lawatan ke showroom, mereka berkumpul sekali lagi untuk sesi penutup. Untuk sesi ini, sekali lagi Cikgu Hasmadi tampil ke hadapan untuk memberikan sepatah dua kata ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membuat lawatan ke Melaka Batik House.

Murid-murid mengucapkan terima kasih kepada MBH