Wednesday, September 22, 2010

LAWATAN DARI SEKOLAH KEBANGSAAN CHENG

21 September 2010 - dua lawatan sambil belajar oleh Sekolah Kebangsaan Cheng dan Sekolah Kebangsaan Serkam telah diadakan di Melaka Batik House.
8.30 pagi - Ketibaan lawatan dari Sekolah Kebangsaan Cheng seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring di Melaka Batik House.
Murid-murid sedang berkumpul sebelum memulakan aktiviti mewarna

Sesi penerangan aktiviti DIY, asal usul batik, dan teknik-teknik penghasilan batik oleh Cikgu Hasmadi
Setelah selesai sesi penerangan diberikan, mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang diwakili oleh empat orang murid setiap kumpulan. Peserta pada kali ini hanya seramai 16 orang sahaja kerana murid-murid yang lain lebih berminat untuk menyaksikan demo penghasilan batik.

Guru-guru pengiring sedang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
Cikgu Hasmadi sedang memberi penerangan cara-cara bagaimana untuk mewarna dengan betul mengikut teknik mewarna batik

Setelah Cikgu Hasmadi memberi penerangan dengan jelas, mereka terus memulakan aktiviti mewarna. Pada mulanya, agak sukar untuk mereka membuat aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, setelah dibantu oleh beberapa orang staf MBH dan Krew Batik, mereka dapat melaksanakan aktivit tersebut dengan baik.


Salah seorang murid sedang tekun mewarna motif flora mengikut kreativitinya


Salah seorang guru pengiring turut membantu murid-muridnya mewarna
Ketika murid-murid ini mewarna, murid-murid yang lain telah dibawa oleh guru pengiring dan beberapa staf MBH melawat di bahagian showroom.

Murid-murid ini sedang memilih cenderahati untuk dibeli
Beberapa orang murid lelaki berminat untuk membeli air Roselle
Setelah tamat aktiviti mewarna dan lawatan ke showroom, mereka berkumpul sekali lagi untuk sesi penutup. Untuk sesi ini, sekali lagi Cikgu Hasmadi tampil ke hadapan untuk memberikan sepatah dua kata ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membuat lawatan ke Melaka Batik House.

Murid-murid mengucapkan terima kasih kepada MBH

No comments: