Friday, April 1, 2011

LAWATAN DARI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU, NEGERI SEMBILAN

26 Feb 2011 - Kami telah menerima lawatan pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Melaka. Kedatangan mereka seramai 19 pelajar dan 2 pensyarah pada jam 9.00 am disambut baik oleh pihak Melaka Batik House. Mereka telah memilih pakej DIY batik mancanting dan mewarna.

Mereka diberi penerangan mengenai batik dan kaedah-kaedah membuat batik sendiri. Kaedah melakar, mencanting dan teknik mewarna. Mudah bagi mereka untuk melakar corak kerana mereka dari seni reka fesyen.


mereka melakar dan mencanting atas kain


mereka mula mewarna

hampir siap

pelajar tekun mendengar penerangan daripada En.Syed Hasmadi

sesi penerangan mengenai batik


pelajar sempat bergambar kenangan di pintu masuk MBH


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau kerana sudi melawat dan membuat aktiviti di tempat kami. Kami mengalu-alukan lawatan yang seterusnya.

No comments: