Friday, April 1, 2011

LAWATAN DARI SINGAPORE FRENCH SCHOOL

30 Mac 2011 - Kami telah menerima lawatan dari SINGAPORE FRENCH SCHOOL seramai 48 murid dan 5 guru pada jam 1.00pm yang terdiri daripada pelajar Bosnia Herzegovena. Mereka memilih pakej DIY batik mewarna sahaja.

Jiran bertandang ucap ahlan wa sahlan,
Ummu Muaz dan rakan-rakan baik belaka,
Tak sangka dapat juga berkenal-kenalan,
Berlainan bahasa bukan penghalangnya.

















Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.


Dengan ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah dan pemandu pelancong kerana sudi ke tempat kami dan membuat batik sendiri. Dengan ilmu yang ada harap dapatlah kita menaikkan taraf Bangsa dan Tradisi kita sebagai orang Melayu.

No comments: