Friday, July 29, 2011

DIY FROM TADIKA JUNIOR ANAK RIA

Pada 23 Julai 2011, Melaka Batik House telah menerima lawatan daripada Tadika Junior Anak Ria, Muar, Johor. Kedatangan mereka bertujuan nak joint aktiviti DIY batik untuk kanak-kanak.


Sebelum memulakan aktiviti, mereka dibawa melawat sekitar kawasan bengkel untuk diberi penerangan dan gambaran yang lebih jelas mengenai batik.


Selepas itu, mereka dibawa pula ke bahagian batik terap.


Selepas dibawa melawat tapak demo, mereka diberi penerangan mengenai sejarah Noor Arfa dan Melaka Batik House serta serba sedikit mengenai sejarah batik.


Ketika sesi penerangan sebelum aktiviti mewarna bermula.


Ketika berlangsungnya aktiviti mewarna. Excited betul mereka mewarna. Langsung tidak mahu ibu bapa mahupun penjaga membantu walhal umur masih 3 tahun. :P


Sementara menunggu hasil mereka kering, mereka dibawa melawat pusat jualan.


Kemudian, mereka menonton video mengenai perjalan Noor Arfa dan Melaka Batik House.

 

Antara hasil mereka.


Wajah mereka.. :P


Cenderahati daripada Melaka Batik House kepada wakil Tadika Junior Anak Ria.


Cenderahati untuk hasil terbaik. Tahniah!!!


 Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Balik adik membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

No comments: