Friday, July 15, 2011

PERTANDINGAN FESYEN SHOW 2011

Pada sebelah petangnya (02 Julai 2011), telah berlangsung Pertandingan Fesyen Show Kanak-kanak. Acara bermula pada pukul  4.30 petang selepas Pertandingan Mewarna Batik Kanak-kanak 2011.

Honestly, bila urusetia bagi cadangan untuk tema 1 Malaysia, kami ingatkan peserta akan memakai pakaian tradisi Melayu, Cina atau India. Tapi korang tengok lah sendiri. Memang tak sangka peserta akan muncul dengan pelbagai variasi. :P

Mula-mula tu, ada juga lah peserta yang takut nak naik pentas. Ye lah, budak-budak kan. Malu lah, segan lah, tak yakin lah. Tapi terima kasih kepada urusetia yang sudi memberi mereka motivasi dan kata-kata semangat. Lihatlah telatah mereka.

Apa yang dilihat, peserta dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan baru dan urusetia. Mereka banyak bertanya mengenai budaya pakaian yang dipakai oleh rakan mereka.

Disebalik tabir Pertandingan Fesyen Show Kanak-Kanak.. :P

Hadiah disampaikan oleh Pn. Noor Hijerah Hanafiah, Pengarah Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd. Tahniah kepada adik Pooja yang mendapat tempat pertama dan membawa pulang sijil, hamper sumbangan Chiang Graphic Advertising dan hadiah sumbangan Maxpe Interiors Decor manakala tempat kedua dimenangi oleh oleh adik Nur Arif Ariz Zaharudin yang membawa pulang sijil, hamper sumbangan Shah Beach Resort Melaka dan hadiah sumbangan Maxpe Interiors Decor dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Han Shu Qin yang membawa pulang sijil, hamper sumbangan Mega Trend Supplies Trading dan hadiah sumbangan Maxpe Interiors Decor.

Bagi yang tidak berjaya, mereka tetap pulang dengan hadiah saguhati daripada Melaka Batik House. Tahniah kepada mereka.

No comments: