Thursday, July 14, 2011

PAKEJ ISTIMEWA DARIPADA KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, REMBAU.

Pada 27 hingga 30 June 2011, Melaka Batik House menerima seorang pelajar daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau untuk membuat pakej istimewa. Pakej istimewa ialah pelajar akan diberi tunjuk ajar daripada A hingga Z. Daripada teori sehinggalah praktikal.



First day pelajar di Melaka Batik House, selepas lapor diri dan sarapan, pelajar diberi tunjuk ajar oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam. Pelajar diberi penerangan mengenai teori dimana meliputi apa itu batik, penerangan mengenai batik lukis, batik terap, batik screen dan sebagainya.



Pada hari kedua, pelajar akan melakar dan mencanting sendiri  design diatas kain untuk projek mereka.

Keesokkan harinya, pelajar akan mewarna design yang telah siap di canting.

Kemudian pelajar akan merasai pengalaman mematikan warna iaitu menggunakan silicate sebelum merebus kain tersebut untuk membuang lilin.


Selepas merebus, kain akan dijemur pada suhu yang bersesuaian (ditempat redup). Ini bagi menjaga kualiti kain tersebut.


Inilah hasilnya. Semoga apa yang dipelajari di Melaka Batik House akan digunakan sebaiknya.

Kepada IPTA atau IPTS lain yang berminat, boleh hubungi Melaka Batik House 06 - 2323 900 untuk sebarang pertanyaan.

No comments: