Thursday, July 14, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK 2011 KATEGORI 1 (4 - 6 TAHUN)

Pada 02 Julai 2011 Melaka Batik House telah mengadakan Pertandingan Mewarna Batik Kanak-kanak 2011 dan juga Pelancaran Eco Batik.

Matlamat utama program ini adalah untuk menjadi satu medium yang menerapkan nilai-nilai seni, integrasi dan intelek selain memberi ilmu kepada masyarakat terutamanya pelajar mengenai batik.

Jom kita tengok apa yang berlaku ketika Kategori 1 untuk pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun berlangsung.

Ketika sesi penerangan oleh En. Syed Hasmadi Tuan Dalam.

Antara AJK yang bertugas. Thanks to Noor Arfa Kuala Lumpur dan Terengganu yang sudi menghantar wakil untuk membantu.

Antara telatah mereka ketika sesi mewarna berlangsung.

Inilah hasil kreativiti mereka setelah 1 jam bertungkus lumus menggunakan apa yang dipelajari.

Antara hasil mereka untuk dinilai.

Sesi penilaian yang dibuat oleh mereka yang berpengalaman. Mereka dinilai berdasarkan kekemasan warna, kombinasi warna dan kreativiti mereka.

Thanks to En. Dzohery Hanafiah, En. Asery Hanafiah dan Pn. Wamahani daripada Noor Arfa Terengganu yang sudi meluangkan masa untuk menilai best of the best.


Sementara menunggu acara perasmian Eco Batik, AJK yang terlibat menyimpan hasil pelajar kedalam plastik yang disediakan sebelum diserahkan kepada mereka.

Tahniah kepada wakil Tadika Perpaduan Taman Datuk Thamy Chik yang mendapat tempat pertama. Pemenang membawa pulang Sijil Pemenang, hamper sumbangan Chiang Graphic Advertising, tiket masuk ke Planetarium Melaka dan Wang Tunai bernilai RM150.00.

Pemenang bergambar dengan Pengasas Noor Arfa Holdings, En. Wan Mohd Ariffin Wang Long dan isteri, Pn. Noor Hijerah Hanafiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad dan isteri.

Tidak dilupakan kepada D'Casa Trading, Masrina Abdullah Enterprise dan Cempaka Anugerah yang sudi menaja beberapa buah sekolah bagi membolehkan mereka menyertai aktiviti ini.

Tahniah kepada peserta yang mengambil bahagian dan terima kasih kepada Tadika Bemban, Tadika Perpaduan Taman Bandar Baru, Tadika Perpaduan Taman Seri Aman, Tadika Perpaduan Taman Datuk Thamy Chik, Jaim Pengkalan Jajar, Jaim Bukit Larang, Jaim Bukit Pegoh, Pra Sekolah Bemban dan Tadika Strawberyku yang menghantar wakil.

No comments: