Friday, July 15, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK 2011 KATEGORI 2 (7 - 9 TAHUN)

Ok.. habis cerita untuk Kategori 1..sekarang nak cerita untuk Kategori 2 yang terdiri daripada peserta yang berumur antara 7 hingga 9 tahun.

Selepas mendapat penerangan, mereka diberi masa 1 jam untuk mewarna batik kit mereka.

Wajah excited mereka ketika mewarna.

Ketika sesi penilaian. Seperti Kategori 1, mereka juga dinilai berdasarkan kekemasan warna, kombinasi warna dan kreativiti mereka.


Mereka dinilai oleh En. Dzohery Hanafiah, En. Asery Hanafiah dan Pn. Wamahani daripada Noor Arfa Terengganu dan dibantu oleh AJK yang terlibat.

Tahniah kepada pemenang. Tempat pertama membawa pulang Sijil Pemenang, hamper sumbangan Chiang Graphic Advertising, wang tunai bernilai RM150.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka, manakala tempat kedua membawa pulang sijil, hamper sumbangan Shah Beach Resort, wang tunai bernilai RM100.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka dan tempat ketiga membawa pulang sijil, hamper sumbangan Sue Anne Media, wang tunai bernilai RM50.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka.

Tidak dilupakan juga kepada HMY Maju Sdn. Bhd. dan STR Batik Sdn. Bhd. yang sudi menaja Rumah Anak Yatim Ai Tam dan Pelajar Tahfiz Al-quran Duyung, Melaka.

Tahniah juga kepada peserta yang mengambil bahagian dan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Sri Bemban yang menghantar wakil.

No comments: