Friday, July 15, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA BATIK KANAK-KANAK 2011 KATEGORI 3 (10 - 12 TAHUN)

Ok.. Sekarang nak cerita ketika Kategori 3 untuk peserta yang berumur 10 hingga 12 tahun berlangsung. Walaupun Kategori 2 dan 3 berlangsung serentak namun peserta tiada masalah untuk memahami apa yang disampaikan. Mereka akan bertanya jika ada yang tidak faham terutamanya dari segi teknik mencampurkan warna dan teknik shading.

Ketika sesi penerangan.

Antara moment ketika aktiviti mewarna.

Ketika sesi penilaian. Juri pun tak tahu nak pilih mana. Semuanya kreatif dan menepati kehendak juri.

Akhirnya, 3 orang pemenang dipilih. Tempat pertama membawa pulang sijil, hamper sumbangan Chiang Graphic Advertising, wang tunai bernilai RM150.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka manakala tempat kedua pula membawa pulang sijil, hamper sumbangan Mega Trend Supplies Trading, wang tunai bernilai RM100.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka dan tempat ketiga membawa pulang sijil, hamper sumbangan Sue Anne Media, wang tunai bernilai RM50.00 dan tiket masuk ke Planetarium Melaka.

Tidak dilupakan juga kepada HMY Maju Sdn. Bhd., Annur Collection dan STR Batik Sdn. Bhd yang sudi menaja Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASOM), Rumah Anak Yatim AI Tam dan Pelajar Tahfiz Al-quran Duyong.

Tahniah juga kepada peserta yang mengambil bahagian.

No comments: